Wednesday, July 16, 2008

Senarai Tugas dan Tanggungjawab GPK Kurikulum/Pentadbiran

Pengajaran dan Pembelajaran

Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
Membimbing pelajar memeprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum

Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf.
Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu.
Menyediakan jadual waktu ganti bagi guru yang tidak hadir ke sekolah.
Memabntu Guru Besar menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan mengajar.
Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok.
Membantu Guru Besar merancang p[rogram sokongan akademik
Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik.

Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.

Menyemak kehadiran staf.
Mengurus data dan maklumat.
Mengawal disiplin pelajar.
Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat dan majlis rasmi.

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

Menyelia kerja-kerja staf.
Melaksanakan pembangunann staf.
Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf.

Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber

Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi
Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada.
Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan.



Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas mereka.
Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan.
Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah.
Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran atau pihak atasan lain dari masa kesemasa.